Saturday, November 26, 2011

soalan 2

Soalan 2

(B) Mengapakah taburan penduduk di Malaysia tidak seimbang ?

Taburan penduduk di Malaysia tidak seimbang di sebabkan faktor fizikal yang meliputi perbezaan bentuk muka bumi (BMB) kesuburan dan jenis tanah serta taburan sumber alam. Kawasan pantai barat semenanjung mempunyai keluasan/saiz kawasan tanah pamah, dataran pantai , delta dan lembah yang subur dan luas berbanding dengan kawasan pantai timur dan tengah semenanjung serta sabah dan Sarawak yang berbukit-bakau, bergunung-ganang bercerun curam dan lain-lain. Keadaan bentuk muka bumi ini akan menawarkan petempatan dan kegiatan ekonomi sesuai yang menjadi pilihan penduduk. Justeru kawasan pantai barat semenanjung menjadi rebutan untuk dijalankan pelbagai kegiatan pertanian dan perindustrian. Selain itu, kawasan-kawasan subur seperti delta sungai bertanah lanar, kawasan bertanah laterit akan menjadi tumpuan peduduk kerana kawasan ini boleh dijalankan aktiviti pertanian dengan giatnya seperti penanaman padi sawah atau getah dan kelapa sawit.

Dualisme ekonomi yang ketara yang seterusnya mempengaruhi peluang pekerjaan yang berbeza. Pantai barat semenanjung atau kawasan Bandar menumpukan kepada kegiatan ekonomi moden seperti perindustrian, perdagangan, perkhidmatan dan lain-lain. Manakala pantai timur atau kawasan luar Bandar menumpukan kepada ekonomi tradisional pertanian, perikanan, perburuan dan sebagainya. Ini menyebabkan aliran migrasi timur ke barat atau luar Bandar ke Bandar bagi tujuan mencari peluang pekerjaan yang berpendapatan lumayan. Kesannya taburan penduduk menjadi tidak seimbang. Dualisme ekonomi juga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosio-ekonomi Malaysia. Peluang pekerjaan sememangnya terbuka luas dalam sector ekonomi moden misalnya dalam sektor perindustrian. Selain gaji yang tetap dan lumayan , pelbagai insentif yang disediakan seperti kemudahan rawatan, tempat tinggal, elaun lebih masa menjadi daya tarikan golongan muda di luar Bandar berhijrah ke Bandar.

Sejarah pembangunan khususnya urbanisasi/pembandaran yang dialami. Sejarah pembangunan ekonomi yang lebih awal dialami oleh kawasan pantai barat semenanjung. Hal ini boleh dikaitkan dengan penerokaan dan ekplotasi sumber bijih timah oleh penjajah. Dengan itu, kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur , Lembah Kinta , Negeri Sembilan lebih awal menjadi tumpuan penduduk khususnya migran Cina. Lama kelamaan kawasan sumber bijih timah tersebut terus berkembang pesat sehingga menjadi pekan dan Bandar yang menyaksikan pertumbuhan penduduk yang juga pesat. Proses urbanisasi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Kawasan Bandar menjadi tumpuan pelaburan, tumpuan pasaran , tumpuan pekerjaan, infrastruktur dan lain-lain. Justeru berlaku kepadatan penduduk di kawasan Bandar berbanding dengan kawasan luar Bandar akibat migrasi. Di Malaysia secara kebetulannya proses urbanisasi lebih awal dan lebih banyak berlaku di kawasan pantai barat semenanjung maka tidak hairanlah kawasan ini berpenduduk padat berbanding dengan kawasan pantai timur atau kawasan tengah yang mana kadar urbanisasinya terlalu perlahan.

Faktor pengangkutan dan perhubungan. Faktor sistem jaringan dan kepadatan pengangkutan yang berbeza antara kawasan-kawasan di Malaysia juga menyebabkan taburan penduduk yang tidak seimbang kerana fungsi pengangkutan sebagai pengerak pembangunan dan mobiliti penduduk. Kawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan yang padat (kawasan pantai barat) adalah kawasan yang maju yang sekaligus berpenduduk padat. Kawasan-kawasan ini dilengkapi dengan jaringan lebuh raya seperti lebuh raya Utara-Selatan, system keretapi , lapangan terbang KLIA serta system pengangkutan moden misalnya KOMUTER dan juga LRT. Kesemua ini mempercepatkan ketersampaianya , memudahkan pergerakan, menjimatkan masa perjalanan dan seterusnya menarik minat penduduk serta pertumbuhan ekonomi.

(C) Huraikan kesan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar fizikal di negeri yang menjadi tumpuan penduduk.

Tekanan terhadap sumber khususnya sumber tanah. Kawasan berkepadatan penduduk seperti kawasan pantai barat semenanjung khususnya yang menjadi tumpuan penduduk seperti di Bandar-bandar besar saiz tanahnya menjadi semakin sempit. Perebutan guna tanah untuk petempatan, perindustrian, pengangkutan , perniagaan menyebabkan skala tanah menjadi semakin berkurangan seterusnya meningkatkan harga tanah. Di sesetengah kawasan pantai barat khususnya di Selangor dan Perak , banyak kawasan tanah pertanian ladang getah dan kelapa sawit telah diambil alih untuk dijadikan ‘estet perumahan’dan juga ‘estet perindutsrian’ bagi menampung keperluan penduduk yang ramai di kawasan tersebut. Dengan itu, ia memberikan pula tekanan kepada sumber-sumber pertanian. Saiz tani semakin lama, semakin sempit yang kelak boleh mejejaskan produktivitnya.

Kepupusan/kehabisan sumber-sumber. Sumber-sumber alam yang ada diancam kepupusan akibat ekplotasi yang berlebihan oleh penduduk yang ramai. Misalnya , sumber bijih timah di pantai barat sudah hampir pupus. Tumpuan kaum Cina di kawasan perlombongan semenjak abad ke-19 lagi menyebabkan sumber-sumber bijih timah berterusan di eklpotasi. Bijih timah dikelaskan sebagai sumber alam yang tidak boleh diganti. Oleh itu , kadar ekplotasinya yang berlebihan yang menyebabkan stoknya akan habis. Begitu juga dengan sumber-sumber hutan. Hutan-hutan terpaksa di nyahhutankan untuk pembinaan kawasan perumahan dan industry bagi menampung keperluan penduduk. Akibatnya , hutan kehilangan sumber fauna dan floranya, kemusnahan rantaian makanannya, ekosistemnya serta kehilangan habitat dan biodiversitinya.

Pencemaran dan kerosakan sumber. Sumber-sumber dan air tercemar di kawasan menjadi tumpuan penduduk. Misalnya pencemaran air sungai Gombak dan Kelang akibat tumpuan setinggan di sepanjang tebingnya. Kadar pencemaran sumber biasanya sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk. Sumber air tercemar melalui pembuangan sisa dosmetik seperti sampah sarap , enfluen industry dan lain-lain. Kadar pencemaran ini adalah tinggi dan serius di Bandar-bandar yang pesat dan padat penduduknya seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Georgetown, Johor baharu dan Ipoh. Sumber udara di Bandar pula tercemar akibat pelepasan bahan-bahan pencemar khususnya karbon monosikda, sulfur monoksida , karbon dioksida , hidrokarbon di samping partikel-partikel terampai seperti debu , habuk , asap jelaga dan sebagainya oleh industry dan kenderaan. Jika kepekatak partikel terampai (PM10) tinggi khususnya dalam keadaan udara kering maka atmosfera Bandar akan diselaputi ‘jerebu’. Selain itu, sumber tanah pula mengalami hakisan dan runtuhan akibat penerokaan yang berlebihan oleh penduduknya khususnya dalam proses pembinaa petempatan.

Pembaziran sumber. Bagi kawasan yang jarang penduduk maka sumber-sumber ada akan terbiar begitu sahaja kerana kekurangan tenaga buruh untuk megusahakannya, misalnya sumber tanah. Banyak kawasan luar Bandar di Malaysia seperti di Kelantan , Terengganu , dan Pahang mengalami masalah tanah terbiar tanpa di usahakan. Sumber-sumber pertanian dan perikanan juga mengalami krisis tenaga. Sumber-sumber tersebut tidak dapat dibangunkan akibat migrasi golongan muda secara beramai-ramai ke Bandar-bandar besar. Dalam kes sumber pertanian, Malaysia mengalami krisisi tenaga buruh dalam sector perladangan getah dan kelapa sawit sehingga terpaksa menggunakan tenaga buruh import dari Indonesia. Sektor perladangan di anggap sebagai sector yang krtikal mengalami krisis tenaga manusia.


p/s : cikgu peta koroplet saya bagi bila masuk sekolah , sebab lupa nak hantar haritu .hehe

By : ASMIRA BINTI ABU / 6 BAWAH IBNU SINA

Sunday, May 10, 2009

Latih Tubi Berfokus STPM

JK Panitia Geografi STPM dalam mesyuarat yang lepas telah menetapkan tugasan Latih Tubi berfokus mengikut bab dan fokus soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan. Antara fokus soalan yang sering ditanya ialah

1. maksud konsep dan ciri-ciri...

2. faktor-faktor yang mempengaruhi...

3. sumbangan/kepentingan...

4. masalah-masalah yang dihadapi...

5. Langkah-langkah/usaha-usaha memajukan/mengurangkan masalah yang dihadapi...

6. Kesan-kesan...

7. Langkah mengatasi/mengurangkan kesan negatif...


Saya telah ditugaskan untuk menyediakan soalan berfokus berkaitan dengan langkah-langkah, iaitu langkah-langkah memajukan/mengurangkan masalah dan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif.


Dibawah ini ialah link download tugasan tersebut.



Monday, March 30, 2009

Jawapan Ujian Rasmi 1 2009

Di bawah ini disediakan skema jawapan bagi soalan Ujian Rasmi 1 2009.
Anda boleh gunakannya untuk menyiapkan latihan yang saya berikan.

Sila klik link untuk muat turun fail.

Download

Tuesday, March 24, 2009

Soalan Ujian Rasmi 1 2009

1 (a) Nyatakan tiga jenis sumber alam yang boleh diperbaharui dan dua jenis yang tidak boleh diperbaharui.

[5 markah]

(b) Jelaskan mengapa sumber alam yang boleh diperbaharui memerlukan pemeliharaan dan pemuliharaan.

[8 markah]

(c) Huraikan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Malaysia untuk mengawal pencemaran alam sekitar akibat eksploitasi sumber alam.

[12 markah]

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan daya tampung sumber alam?

[5 markah]

(b) Jelaskan lima kesan yang dialami oleh penduduk sesebuah negara akibat kekurangan daya tampung sumber alam.

[10 markah]

(c) Cadangkan lima langkah yang sesuai untuk menjamin keberterusan daya tampung sumber alam di sesebuah negara.

[10 markah]

3 Dengan merujuk kepada negara Malaysia,

(a) nyatakan satu jenis sistem pertanian yang dijalankan di negara tersebut serta huraikan ciri-cirinya.

[9 markah]

(b) jelaskan bagaimana faktor-faktor fizikal dan kemanusiaan mempengaruhi kegiatan pertanian di negara tersebut, dan

[8 markah]

(c) huraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kegiatan pertanian di negara tersebut.

[8 markah]

4 Dengan merujuk kepada sebuah negara di Asia Tenggara,

(a) nyatakan empat jenis tanaman yang diusahakan oleh pertanian ladang di negara yang anda kaji.

[5 markah]

(b) huraikan ciri-ciri pertanian ladang di negara tersebut.

[10 markah]

(c) jelaskan sumbangan pertanian ladang terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara tersebut.

[10 markah]


Friday, March 6, 2009



woi..kite org menang banyak piala...kah3x..

Sunday, March 1, 2009

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Pertanian

Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu;
Faktor Fizikal
a) Iklim dan Cuaca
Suhu yg tinggi sepanjang tahun sesuai untuk pertumbuhan tanaman padi, getah, kelapa sawit dan koko.
Hujan lebat sepanjang tahun membantu tumbesaran tanaman terutamanya yang memerlukan banyak air spt padi sawah.
Sinaran matahari sepanjang tahun menjamin proses fotosentesis berlaku sepenuhnya.

b) Sistem Saliran
Adanya sungai membolehkan dibina empangan, parit dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian bagi menjamin bekalan berterusan.
Saliran tanah, iaitu tanih yang berupaya menakung air sesuai untuk tanaman padi sawah – tanih yang tidak menakung air sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

c) Bentuk Muka Bumi dan Tanih
Tanah pamah dari jenis aluvium – padi
Tanah pamah beralun dari jenis laterit – getah dan kelapa sawit
Tanah tinggi – tanaman sayuran dan teh

Faktor Kemanusiaan
a) Ekonomi
Berkaitan dengan pasaran, permintaan dan penawaran dan kuasa beli pengguna.
Permintaan yg tinggi daripada negara besar membolehkan sektor pertanain berkembang pesat.

b) Sosial
Meliputi bekalan tenaga buruh, kemudahan asas dan elemen budaya dan adat resam.
Tenaga buruh diperlukan bagi melaksanakan pelbagai tugas di semua peringkat pengeluaran hasil tani.
Kemudahan pengangkutan diperlukan untuk membolehkan hasil tani dipasarkan dengan cepat supaya kualitinya dapat dikekalkan.
Adat pemecahan tanah pusaka mengecilkan saiz tanah pertanian – menjadikannya tidak ekonomik.

c) Governan
Melibatkan penggubalan dasar, polisi dan usaha kerajaan dalam memajukan sektor pertanian.
Dasar Pertanian Negara – menjadikan sektor pertanian penting dalam membekalkan sumber makanan negara.
Kemudahan kredit dan pemberian subsidi kepada pertani.
Mewujudkan pelbagai agensi kerajaan dalam membantu memajukan sektor pertanian spt Jabatan Pertanian (khidmat nasihat), FAMA, BERNAS, MPOPC (pemasaran) dan MARDI, RRIM (penyelidikan).

d) Teknologi
Usaha R&D dalam bidang bioteknologi menghasilkan kaedah moden dan benih/baka baru yang bermutu tinggi.

e) Prasarana
Kemudahan sistem pengairan membekalkan bekalan air di kawasan pertanian.
Jaringan pengangkutan membolehkan hasil pertanian dibawa ke kilang untuk diproses dan dipasarkan dengan cepat.

Sunday, February 22, 2009

Jenis dan Ciri Sistem Pertanian di Malaysia

Terdapat 4 jenis sistem pertanian di Malaysia, iaitu;

i. Sistem pertanian pindah
ii. Sistem pertanian sara diri
iii. Sistem pertanian kebun kecil
iv. Sistem perladangan ekstensif

i. Sistem Pertanian Pindah
Sistem pertanian pindah ialah sistem pertanian tradisional yang ringkas dan berkonsepkan pindah tapak. Tapak pertanian sering dipindahkan mengikut tahap kesuburan tanah. Ia biasanya diamalkan oleh masyarakat pribumi di Malaysia.

Ciri-ciri Sistem Pertanian Pindah

a) Jenis tanaman - tanaman jangka pendek seperti keledek, jagung, ubi kayu, padi huma dan binatang ternakan.

b) Taburan dan lokasi - tertumpu di kawasan pedalaman Pahang, Perak , Kelantan, Sabah dan Sarawak.

c) Skala operasi - melibatkan kawasan yang kecil, iaitu antara 1/2 hingga 1 hektar.

d) Orientasi pengeluaran - hasil keluaran adalah untuk kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja.

e) Pemilikan dan pengurusan - tiada hak milik individu ke atas kawasan pertanian. Kawasan pertanian dibuka mengikut arahan ketua puak dan diusahakan secara bergotong-royong. Semua anggota keluarga terlibat dan mempunyai tugas mengikut kemampuan masing-masing.

f) Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi - penggunaan kaedah dan peralatan tradisional seperti kapak, cangkul dan tenaga haiwan. Sistem pertanian ini juga bergantung sepenuhnya kepada persekitaran fizikal seperti air hujan dan baja organik hasil pembakaran sisa tumbuhan yang ditebang.

ii. Sistem Pertanian Sara Diri Intensif

Sistem pertanian ini dijalankan secara giat dengan mengkhusus kepada satu jenis tanaman utama sahaja, iaitu padi sawah di samping beberapa jenis tanaman luar musim seperti keledek, jagung dan sayur-sayuran. Hasil tanaman hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan.

Ciri-ciri Sistem Pertanian Sara Diri Intensif

a) Jenis tanaman – terdapat dua sistem penanaman, iaitu monokultur (tanaman sejenis) dan multikultur (tanaman pelbagai jenis)

b) Taburan dan lokasi – tertumpu di lembah sungai yang subur dan mempunyai bekalan air yang mencukupi seperti Dataran Kedah, Delta Kelantan dan Dataran Kerian.

c) Skala operasi – keluasan tanah pertanian antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja dan diusahakan secara individu.

d) Orientasi pengeluaran – hasil tanaman hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Namun, di Malaysia semua hasil pertanian dijual untuk mendapatkan subsidi harga padi.

e) Ciri buruh dan modal – sistem pertanian ini masih berintensifkan buruh walaupun sudah ada penggunaan jentera. Petani masih dibelenggu kemiskinan menyebabkan penggunaan modal juga kecil. Bantuan kerajaan diperlukan melalui pemberian baja, racun serangga dan khidmat nasihat.

f) Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi – menggunakan kaedah tradisional dan moden seperti penggunaan jentera, baja kimia dan racun serangga. Kemudahan asas seperti sistem pengairan juga disediakan.

iii. Sistem Pertanian Kebun Kecil

Sistem pertanian ini melibatkan penanaman tanaman bukan bijirin dan bersifat separuh komersial, iaitu campuran antara tanaman untuk jualan dan untuk kegunaan sendiri.

Ciri-ciri Sistem Pertanian Kebun Kecil

a) Jenis tanaman – tanaman jualan seperti getah dan kelapa sawit serta buah-buahan.

b) Taburan dan lokasi – meliputi kawasan kaki bukit dan kampung tradisional.

c) Skala operasi – keluasan kebun kurang daripada 40 hektar (100 ekar) dan berubah-ubah mengikut jenis perkebunan yang diusahakan.

d) Orientasi pengeluaran – matlamat pengeluaran adalah untuk jualan dan kegunaan sendiri.

e) Pemilikan dan pengurusan – tanah pertanian dimiliki secara individu dan diusahakan oleh ahli keluarga. Pengurusan kebun bergantung kepada jenis kebun, iaitu kebun yang diuruskan secara individu diuruskan secara tradisional manakala kebun jenis berkelompok diuruskan secara mini estet.

f) Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi – penggunaan teknologi dalam sistem torehan, penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan yang diuruskan secara mini estet. Kawasan kebun kecil individu masih menggunakan kaedah tradisional kerana kekangan modal.

iv. Sistem Perladangan Ekstensif

Sistem ini berkonsepkan komersial sepenuhnya. Hasil tanaman adalah untuk jualan dan mementingkan keuntungan.

Ciri-ciri Sistem Perladangan Ekstensif

a) Jenis tanaman – getah, kelapa sawit atau nanas.

b) Taburan dan lokasi – tertumpu di kawasan hutan yang diteroka dan kawasan pembangunan wilayah seperti KESEDAR, KETENGAH dan DARA.

c) Skala operasi – melibatkan keluasan melebihi 40 hektar.

d) Orientasi pengeluaran – hasil pertanian untuk jualan sepenuhnya sama ada di dalam atau luar negara.

e) Modal, pemilikan dan pengurusan – menggunakan modal yang besar kerana melibatkan kos pengurusan yang tinggi. Biasanya ia melibatkan pelaburan syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY dan DUNLOP serta agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan Tabung Haji.

f) Kaedah pengeluaran, penggunaan teknologi dan buruh – penggunaan teknologi moden dalam semua peringkat bagi meningkatkan pengeluaran dan memantapkan pengurusan. Namun, pergantungan kepada tenaga buruh masih tinggi sehingga terpaksa menggunakan tenaga kerja kontrak terutama bagi peringkat bawahan.