Saturday, November 26, 2011

soalan 2

Soalan 2

(B) Mengapakah taburan penduduk di Malaysia tidak seimbang ?

Taburan penduduk di Malaysia tidak seimbang di sebabkan faktor fizikal yang meliputi perbezaan bentuk muka bumi (BMB) kesuburan dan jenis tanah serta taburan sumber alam. Kawasan pantai barat semenanjung mempunyai keluasan/saiz kawasan tanah pamah, dataran pantai , delta dan lembah yang subur dan luas berbanding dengan kawasan pantai timur dan tengah semenanjung serta sabah dan Sarawak yang berbukit-bakau, bergunung-ganang bercerun curam dan lain-lain. Keadaan bentuk muka bumi ini akan menawarkan petempatan dan kegiatan ekonomi sesuai yang menjadi pilihan penduduk. Justeru kawasan pantai barat semenanjung menjadi rebutan untuk dijalankan pelbagai kegiatan pertanian dan perindustrian. Selain itu, kawasan-kawasan subur seperti delta sungai bertanah lanar, kawasan bertanah laterit akan menjadi tumpuan peduduk kerana kawasan ini boleh dijalankan aktiviti pertanian dengan giatnya seperti penanaman padi sawah atau getah dan kelapa sawit.

Dualisme ekonomi yang ketara yang seterusnya mempengaruhi peluang pekerjaan yang berbeza. Pantai barat semenanjung atau kawasan Bandar menumpukan kepada kegiatan ekonomi moden seperti perindustrian, perdagangan, perkhidmatan dan lain-lain. Manakala pantai timur atau kawasan luar Bandar menumpukan kepada ekonomi tradisional pertanian, perikanan, perburuan dan sebagainya. Ini menyebabkan aliran migrasi timur ke barat atau luar Bandar ke Bandar bagi tujuan mencari peluang pekerjaan yang berpendapatan lumayan. Kesannya taburan penduduk menjadi tidak seimbang. Dualisme ekonomi juga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosio-ekonomi Malaysia. Peluang pekerjaan sememangnya terbuka luas dalam sector ekonomi moden misalnya dalam sektor perindustrian. Selain gaji yang tetap dan lumayan , pelbagai insentif yang disediakan seperti kemudahan rawatan, tempat tinggal, elaun lebih masa menjadi daya tarikan golongan muda di luar Bandar berhijrah ke Bandar.

Sejarah pembangunan khususnya urbanisasi/pembandaran yang dialami. Sejarah pembangunan ekonomi yang lebih awal dialami oleh kawasan pantai barat semenanjung. Hal ini boleh dikaitkan dengan penerokaan dan ekplotasi sumber bijih timah oleh penjajah. Dengan itu, kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur , Lembah Kinta , Negeri Sembilan lebih awal menjadi tumpuan penduduk khususnya migran Cina. Lama kelamaan kawasan sumber bijih timah tersebut terus berkembang pesat sehingga menjadi pekan dan Bandar yang menyaksikan pertumbuhan penduduk yang juga pesat. Proses urbanisasi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Kawasan Bandar menjadi tumpuan pelaburan, tumpuan pasaran , tumpuan pekerjaan, infrastruktur dan lain-lain. Justeru berlaku kepadatan penduduk di kawasan Bandar berbanding dengan kawasan luar Bandar akibat migrasi. Di Malaysia secara kebetulannya proses urbanisasi lebih awal dan lebih banyak berlaku di kawasan pantai barat semenanjung maka tidak hairanlah kawasan ini berpenduduk padat berbanding dengan kawasan pantai timur atau kawasan tengah yang mana kadar urbanisasinya terlalu perlahan.

Faktor pengangkutan dan perhubungan. Faktor sistem jaringan dan kepadatan pengangkutan yang berbeza antara kawasan-kawasan di Malaysia juga menyebabkan taburan penduduk yang tidak seimbang kerana fungsi pengangkutan sebagai pengerak pembangunan dan mobiliti penduduk. Kawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan yang padat (kawasan pantai barat) adalah kawasan yang maju yang sekaligus berpenduduk padat. Kawasan-kawasan ini dilengkapi dengan jaringan lebuh raya seperti lebuh raya Utara-Selatan, system keretapi , lapangan terbang KLIA serta system pengangkutan moden misalnya KOMUTER dan juga LRT. Kesemua ini mempercepatkan ketersampaianya , memudahkan pergerakan, menjimatkan masa perjalanan dan seterusnya menarik minat penduduk serta pertumbuhan ekonomi.

(C) Huraikan kesan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar fizikal di negeri yang menjadi tumpuan penduduk.

Tekanan terhadap sumber khususnya sumber tanah. Kawasan berkepadatan penduduk seperti kawasan pantai barat semenanjung khususnya yang menjadi tumpuan penduduk seperti di Bandar-bandar besar saiz tanahnya menjadi semakin sempit. Perebutan guna tanah untuk petempatan, perindustrian, pengangkutan , perniagaan menyebabkan skala tanah menjadi semakin berkurangan seterusnya meningkatkan harga tanah. Di sesetengah kawasan pantai barat khususnya di Selangor dan Perak , banyak kawasan tanah pertanian ladang getah dan kelapa sawit telah diambil alih untuk dijadikan ‘estet perumahan’dan juga ‘estet perindutsrian’ bagi menampung keperluan penduduk yang ramai di kawasan tersebut. Dengan itu, ia memberikan pula tekanan kepada sumber-sumber pertanian. Saiz tani semakin lama, semakin sempit yang kelak boleh mejejaskan produktivitnya.

Kepupusan/kehabisan sumber-sumber. Sumber-sumber alam yang ada diancam kepupusan akibat ekplotasi yang berlebihan oleh penduduk yang ramai. Misalnya , sumber bijih timah di pantai barat sudah hampir pupus. Tumpuan kaum Cina di kawasan perlombongan semenjak abad ke-19 lagi menyebabkan sumber-sumber bijih timah berterusan di eklpotasi. Bijih timah dikelaskan sebagai sumber alam yang tidak boleh diganti. Oleh itu , kadar ekplotasinya yang berlebihan yang menyebabkan stoknya akan habis. Begitu juga dengan sumber-sumber hutan. Hutan-hutan terpaksa di nyahhutankan untuk pembinaan kawasan perumahan dan industry bagi menampung keperluan penduduk. Akibatnya , hutan kehilangan sumber fauna dan floranya, kemusnahan rantaian makanannya, ekosistemnya serta kehilangan habitat dan biodiversitinya.

Pencemaran dan kerosakan sumber. Sumber-sumber dan air tercemar di kawasan menjadi tumpuan penduduk. Misalnya pencemaran air sungai Gombak dan Kelang akibat tumpuan setinggan di sepanjang tebingnya. Kadar pencemaran sumber biasanya sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk. Sumber air tercemar melalui pembuangan sisa dosmetik seperti sampah sarap , enfluen industry dan lain-lain. Kadar pencemaran ini adalah tinggi dan serius di Bandar-bandar yang pesat dan padat penduduknya seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Georgetown, Johor baharu dan Ipoh. Sumber udara di Bandar pula tercemar akibat pelepasan bahan-bahan pencemar khususnya karbon monosikda, sulfur monoksida , karbon dioksida , hidrokarbon di samping partikel-partikel terampai seperti debu , habuk , asap jelaga dan sebagainya oleh industry dan kenderaan. Jika kepekatak partikel terampai (PM10) tinggi khususnya dalam keadaan udara kering maka atmosfera Bandar akan diselaputi ‘jerebu’. Selain itu, sumber tanah pula mengalami hakisan dan runtuhan akibat penerokaan yang berlebihan oleh penduduknya khususnya dalam proses pembinaa petempatan.

Pembaziran sumber. Bagi kawasan yang jarang penduduk maka sumber-sumber ada akan terbiar begitu sahaja kerana kekurangan tenaga buruh untuk megusahakannya, misalnya sumber tanah. Banyak kawasan luar Bandar di Malaysia seperti di Kelantan , Terengganu , dan Pahang mengalami masalah tanah terbiar tanpa di usahakan. Sumber-sumber pertanian dan perikanan juga mengalami krisis tenaga. Sumber-sumber tersebut tidak dapat dibangunkan akibat migrasi golongan muda secara beramai-ramai ke Bandar-bandar besar. Dalam kes sumber pertanian, Malaysia mengalami krisisi tenaga buruh dalam sector perladangan getah dan kelapa sawit sehingga terpaksa menggunakan tenaga buruh import dari Indonesia. Sektor perladangan di anggap sebagai sector yang krtikal mengalami krisis tenaga manusia.


p/s : cikgu peta koroplet saya bagi bila masuk sekolah , sebab lupa nak hantar haritu .hehe

By : ASMIRA BINTI ABU / 6 BAWAH IBNU SINA

2 comments: